Menyingkap Utara Benua Afrika: Maghribi (Imbau Kenangan 2019)

Pendahuluan

Maghribi atau dalam bahasa Inggeris Morocco merupakan salah sebuah negara Arab yang terletak pada bahagian atas utara benua afrika menghadap lautan luas atlantik pada bahagian barat dan Selat Gibraltar yang memisahkan antara dua benua eropah dan afrika pada bahagian utara. Penduduk di Maghribi dianggarkan seramai 35 juta orang dengan keluasan 710,850 km2. Penduduk di sini majoriti adalah orang Amazigh diikuti oleh Arab. Pintu masuk utama negara ini terletak di wilayah Cassablanca atau dalam bahasa Arab disebut sebagai (دار البيضاء – dar al-baidha’). Manakala  pusat pemerintahan negara ini pula terletak di wilayah Rabat (الرباط – al-Ribat). Mempunyai empat musim iaitu bunga, panas, luruh dan sejuk. Sistem politik di Maghribi mengamalkan demokrasi raja berpelembagaan di mana akan diadakan pilihan raya bagi memilih kerajaan dan Perdana Menteri bagi setiap lima tahun. 
Bahasa
Bahasa rasmi yang digunakan di Maghribi adalah bahasa Arab. Manakala bahasa kedua adalah bahasa Perancis dan seterusnya adalah bahasa Barber atau Amazigh dan juga Sepanyol. Bahasa-bahasa ini diajar sejak daripada sekolah rendah lagi. Manakala bahasa Sepanyol pula kebiasaannya di ajar di kawasan wilayah utara sahaja seperti di Tangier, Tetouan dan Chefcaun kerana untuk berkomunikasi dengan lambakan pelancong daripada negara jiran Sepanyol di sebelah utara. Bahasa Amazigh atau Barber merupakan bahasa bagi penduduk asli di kawasan utara Afrika. Selain Maghribi, penduduk yang menggunakan bahasa ini dalam pertuturan harian mereka adalah daripada negara Algeria. Huruf-huruf dalam bahasa Amazigh ini seakan-akan mirip kepada tulisan Greek kuno yang berbentuk seperti simbol dalam penulisan mereka. Bentuk penulisan seperti ini agak sukar bagi orang asing untuk mempelajarinya. Ini diakui sendiri oleh orang Amazigh bahawa ia sukar untuk diingati bentuk penulisan seperti ini. Bahasa Amazigh hanya diajar pada peringkat sekolah rendah sahaja dan terhenti pembelajaran bahasa ini pada menengah dan universiti yang menyebabkan penulisan dalam bahasa ini sering diabaikan melainkan hanya pada pertuturan bagi bangsa Amazigh sahaja. Pada sesetengah papan kenyataan dan papan tanda di Maghribi, akan kelihatan tulisan Amazigh terpahat indah di sana di samping bahasa rasmi negara iaitu Arab dan bahasa kedua mereka iaitu Perancis.

Seperti di kebanyakkan negara, bahasa rasmi persuratan jarang dituturkan melainkan kepada mereka yang terpelajar sahaja. Berbanding bahasa Arab Fushah atau rasmi, dialek lebih banyak digunakan. Dialek bagi bahasa Arab di Maghribi dikenali sebagai Darija. Ia dikatakan di antara dialek dalam bahasa Arab yang sukar dikuasai dan difahami oleh orang yang berbangsa Arab itu sendiri. Kebanyakkan orang di Maghiribi menggunakan dialek darija ini dalam pertuturan harian mereka. 
Mleah - yahudi
Jalan Kaki

Di antara perkara yang baik di sini adalah budaya berjalan kaki secara tidak langsung dapat membakar kalori dalam badan kita. Lazimnya di sini para penduduk berjalan kaki ke sana dan ke mari. Jika berjalan kaki untuk perjalanan sehala dalam jarak dua atau tiga kilometer itu adalah biasa sahaja. Bagi jarak dua kilometer, berjalan kaki akan mengambil masa kira-kira sekitar 20 minit sahaja untuk sampai ke destinasi. Orang di sini juga berjalan dengan laju. Kita kira sudah berjalan dengan agak pantas, sekejap sahaja dipintas oleh orang di sini dan ia perempuan pula tu!!! Sejak tiba di sini, mengikut perkiraan “app tracker” yang tersedia dalam telefon pintar. Data ini mungkin tidaklah benar sepenuhnya, tetapi ia memberi perbezaan yang sangat ketara pada corak berjalan kaki ketika berada di tanah air dan ketika berpijak di bumi Maghribi seperti dalam jadual berikut:

BULAN     LANGKAH
Januari     85,814
Februari     73,057
Mac             101,189
April     11,439
Mei             99,123
Jun             95,926
Julai     11,635
Ogos     115,907
September 208,707
Oktober     241,781
November 266,376
Disember 8,460
*Data sehingga 1 Disember 2019

Faktor utama kami berjalan kaki di sini adalah sememangnya kami tiada kenderaan di sini kereta mahupun motorsikal. Jika ada salah satu daripada dua kenderaan ini, nescaya kami pun tak jalan kaki juga hehe. Faktor lain yang membantu adalah, kebanyakkan di sini mereka berjalan kaki untuk jarak-jarak yang dinyatakan tadi. Jarak 2km itu dikira sebagai ‘dekat’ pada mereka. Kemudian faktor cuaca juga membantu untuk berjalan kaki di sini. Walaupun berjalan kaki hampir 10km pada pengakhiran musim panas dan permulaan musim luruh, peluh sangat susah nak mengalir keluar. Jika di Malaysia, sudah tentu sudah dua atau tiga helai baju perlu disalin disebabkan berpeluh. Oleh itu, mereka di sini sangat suka berjalan. Tidak dapat dikenal pasti pula jika harga kenderaan di sini tinggi atau tak hehe. Rasanya harga sama sahaja di Malaysia.

Pelajar Malaysia
Azizul, firdaus, amir, zainul, ahmad fathullah, aiman azhar, aiman farid, najmi aiman, mujaddid, haziq, mamduh, meor, zawawi, syafi, hussain, izwa, izham phd, arif phd,  Qasem (PhD)

Pendidikan: Sekolah & Universiti
Sekolah rendah bermula seawal usia 6 tahun, 3 i’dadi dan 3 thanawi dan peringkat universiti.
Percuma semua peringkat
Nak masuk u ada imtihan khas, kita isi UPU. 
Perpustakaan Negara
Ff

Viva Voce
Seketika di sini, kami sempat hadir dua munaqashah tesis peringkat doktor falsafah. Satu di Universiti Ibn Tofail, Kenitra dan Universiti Muhammad V, Rabat. Kedua-duanya lulus sesi viva voce mereka alhamdulillah. Usai sesi viva voce, mereka terus adakan sedikit jamuan kepada hadirin yang hadir ke sesi mereka. Adat mereka, akan adakan jamuan kepada yang hadir, adat yang sama juga diamalkan oleh sebilangan pelajar-pelajar peringkat pasca-siswazah yang berada di Malaysia terutamanya di UniSZA. 

Tetamu bertandang ke rumah
Seperti kebanyakkan daripada kita, apabila tetamu bertandang ke rumah akan disambut dengan layanan yang baik. Begitulah juga dengan masyarakat Arab di sini. Mereka menyambut dan melayani tetamu mereka dengan baik. Salah seorang daripada sahabat kami di sini telah menjemput kami untuk ke rumahnya di Meshra’ Belksiri (مشرع بلقصيري). Jarak antara universiti ke rumahnya adalah satu jam perjalanan dengan menaiki keretapi. Kami tiba di rumahnya disambut dengan hujan dan mereka memberi istilah hujan di sini sebagai syita’  (شتاء) yang memberi maksud dari segi bahasa adalah ‘Musim Sejuk’. Kami dijemput oleh ayahnya yang bernama Naji bin Qasem dari stesen keretapi ke rumah. Ayah dia seorang guru besar yang bakal pencen pada Ogos tahun hadapan iaitu pada musim panas nanti selepas berkhidmat lebih daripada 40 tahun di sektor pendidikan. 
Kami dihidang dengan pelbagai juadah makanan tradisi di sini. Kebetulan kami tiba hari Jumaat, maka juadah yang paling istimewa bagi penduduk Maghribi adalah juadah kuskus. Juadah istimewa ini hanya disediakan pada setiap hari Jumaat dan untuk sambutan-sambutan tertentu sahaja. Kuskus ini diperbuat daripada tepung yang seakan-akan nasi dan ia lebih ringan daripada nasi (jika ditimbang berat jisim kuskus dan nasi). Malangnya, juadah kuskus ini tidak kena dengan selera perut orang kampung Malaysia sepertiku. Boleh sahaja hendak makan kuskus sekadar untuk mengalas perut sahaja. Pernah beberapa kali makan, terasa seperti pening sahaja kepala. Ramai juga orang Malaysia yang boleh menikmati kuskus dengan seleranya.
Antara adat di sini (yang dicerita oleh pelajar di sini), orang perempuan akan menunggu tetamu dan ketua keluarga menikmati juadah terlebih dahulu. Lebihan daripada yang dimakan oleh tetamu akan dibawa ke dapur dan dihabiskan oleh mereka. Oleh itu, aku dinasihatkan oleh pelajar di sini yang sudah biasa dengan adat orang Maghribi agar tidak menghabiskan ayam dan daging yang dihidangkan, kerana di dapur ada lagi beberapa perut yang sedang menunggu dan perlu diisi. Bagi kita yang kali pertama, memanglah tidak tahu akan adat seperti ini, maka kita akan menghabiskan kesemuanya tanpa meninggalkan sedikit pun melainkan beberapa juadah yang memang kita tidak dapat memakannya sahaja.

Makanan dan musim Buah
Nasi merupakan makanan asasi kita di Malaysia, manakala roti adalah makanan asasi begi mereka di Maghribi. Nasi hanya dimakan sekali dalam satu minggu atau dua minggu. Jika dihidang nasi pun, hanya satu piring sahaja. Antara makanan yang perlu dirasa oleh di sini adalah tajin, kuskus, marqa, lahm bil barquq, masira. Makanan ini biasanya dimakan bersama dengan roti dan juga kentang goreng.
Cara hidangan makanan mereka adalah sederhana sahaja, tidak terlalu cerewet seperti Malaysia. Jika makan kuskus, kami dihidang satu bekas seperti talam dan diberi satu sudu untuk dimakan bersama dari satu talam tersebut. Tidak ada bekas kedua, tiga dan empat. Hanya bekas besar itu sahaja, begitu jugalah dengan hidangan-hidangan lain. Kadangkala dilihat cara pemakanan orang di sini mirip kearah orang barat. Mereka makan salad, roti, burger, panini, sandwich sebagai makanan berat mereka. 
Bagi aku orang kampung dari malaysia ini, antara makanan yang boleh diterima dengan baik dengan perut adalah marqa (roti, kentang dan ayam seperti masak kuah kunyit), rubu’ dajaj (sedikit nasi, ¼ ayam, kentang, zaitun, roti).

Setiap kedai makan yang disinggahi pasti akan dibekalkan dengan air rubini atau air paip untuk diminum. Mereka minum terus daripada air paip sahaja. Apabila sudah biasa, kami pun sama minum juga air paip. Tetapi jika nak ambil sendiri daripada paip, tak lalu pula rasa.... itulah, pelik tapi benar sahaja.

Buah-buahan di sini mengikut musim. Ketika awal kami menjejak kami di sini, musim buah delima dan limau. Buah delima dijual serendah 4-5 dirham sahaja untuk setiap satu kilogram atau bersamaan dengan dua atau tiga ringgit sahaja. Sungguh murah dan meriah nak makan buah delima. Banyak juga aku makan dan menikmati delima di sini. Buah kaktus juga dijual, sebiji satu dirham sahaja. Hujung musim luruh ini, musim buah strawberry pula. Murah jugalah. Sayur di sini seperti bunga kobis pu murah, sebiji bunga kobis yang besar tu harganya hanya lima dirham sahaja. Tidak dijual potong, jika nak beli, perli beli satu yang besar tu.

Pengangkutan Awam
Bandar-bandar utama di sini pengangkutan awamnya boleh dikategorikan sebagai sangat memuaskan. Antara penganguktan awam antara bandar di sini adalah seperti keretapi. Perjalanan keretapi sejak kebelakangan ini adalah sangat efisyen. Adalah juga beberapa kali terlewat beberapa minit. Tetapi, kebanyakkannya adalah menepati masa. Tidak seperti dahulu, kelewatan keretapi mencecah hingga lebih daripada 30 minit. Tetapi sekarang ia sangat efisyen. Kelajuan keretapi biasa boleh mencecah sehingga 170km/j (disemak dengan aplikasi GPS Waze). Ia menghubungkan kebanyakkan wilayah-wilayah utama di Maghribi ini. Tidak ketinggalan dengan arus kecanggihan pengangkutan awam masakini, mereka juga mempunyai keretapi laju yang dinamakan sebagai al-Buraq. Al-Buraq menghubungkan tiga atau empat wilayah utama sahaja seperti Casablanca, Rabat, Kenitra dan Tangier sahaja. Kelajuan keretapi ini boleh mencecah sehingga 320km/j. 

Tram atau keretapi dalam bandar pula hanya ada di dua wilayah sahaja iaitu Casablanca dan Rabat. Tram menghubungkan tempat-tempat strategik dalam bandar tersebut. Enam dirham perlu disediakan bagi setiap perjalanan sehala.

Teksi di sini pun banyak. Setiap wilayah mempunyai warna teksi yang berlainan. Teksi hanya boleh beroperasi dalam wilayah tersebut sahaja tanpa melewati ke wilayah lain. Ada dua jenis teksi, teksi biasa dan teksi kabir atau besar. Teksi di sini dihadkan jumlah penumpangnya. Jika teksi kecil, jumlah penumpang maksimum adalah tiga orang sahaja. Manakala teksi kabir pula lima orang. Teksi dalam bandar biasanya menggunakan meter dan kadangkala tertipu itu adalah biasa. 

Doker adalah motor yang menarik gendola membawa muatan di belakang. Ia boleh memuatkan sehingga hampir 10 penumpang dalam satu masa. Harga menaiki doker ini kadang-kala lebih mahal berbanding teksi. Doker tidak pula dihadkan jumlah penumpang seperti teksi.
Caminion lori yang membawa penumpang. Lori seperti ini belum pernah lagi aku merasainya melainkan ketika mengiringi jenazah pelajar malaysia ke kubur sahaja baru-baru ini. Jadi, tidak tahu harga sebenar berapa.
Bas

Kebersihan

Jenayah
Sala, Fes, Madinah sya’biah...

Agama, Masjid, Al-Quran dan Jumaat
Majoriti penduduk di Maghribi adalah beragama Islam. Peratus penduduk yang menganuti agama Islam di sini adalah lebih 95 peratus dan ada dalam kalangan mereka mengatakan 99% adalah beragama Islam. Hanya sedikit sahaja yang menganuti agama lain selain daripada Islam. Selain Islam, terdapat juga agama Kristian yang diamalkan oleh penduduk minoriti dan imigran Afrika di negara ini. Selain itu, penduduk Yahudi juga terdapat di negara ini dan terdapat beberapa tempat ibadat mereka di beberapa wilayah di sini. Malah ada wilayah yang dinamakan dalam bahasa mereka misalnya seperti wilayah Chefcaun. Ada juga yang mengatakan nama beberapa tempat yang sinonim dengan penduduk yahudi adalah seperti akhirannya ada perkataan Milleah. Jika ada nampak tempat ditulis atau disebut sebegitu rupa, maka di situ dulunya ada penduduk Yahudi yang dikatakan lari dari Eropah masuk menduduki negara Maghribi. 

Reka bentuk masjid di sini juga adalah lebih kurang sama. Mereka mengekalkan ciri-ciri asal mereka iaitu Andalus yang diwarisi sejak sekian lama. Seni bina yang dihiasi dengan seni ukiran yang halus menghiasi dinding, pintu dan tiang, mimbar begitu mempersonakan mata apabila memandang. Tiang yang banyak dalam masjid menjadi salah satu daripada ciri-ciri Andalus. Kebanyakkan tempat wuduk masjid di sini, mereka menyediakan baldi kecil dan sedikit pili air untuk mengisi air ke dalam baldi kecil tadi. Kemudian setiap orang akan mengambil baldi dan mengisi air ke dalam baldi tersebut dan berwuduk dengan air di dalam baldi kecil itu sahaja. Rupa-rupanya, memadai sahaja kita berwuduk dengan sebekas baldi kecil tanpa membuka pili air yang begitu besar seterusnya amalan ini juga untuk menyemai sikap berjimat cermat dalam kalangan Muslim. Usai solat Maghrib di sesetengah masjid, amalan di sini adalah mengadakan halaqah Al-Quran. Mereka membaca al-Quran yang diketuai oleh imam yang bertugas pada ketika itu. Mereka membaca hampir satu juzuk pada setiap kali selepas solat maghrib dan subuh. Bacaan mereka menggunakan irama bacaan yang unik dan irama ini hanya terdapat di Maghribi sahaja. Manakala bacaan kebanyakkan imam dalam solat adalah menggunakan bacaan Warsh sedangkan kita di Malaysia menggunakan bacaan Hafs seperti bacaan di Arab Saudi. Penulisan Al-Quran mereka pun dicetak khas mengikut bacaan warsh serta mempunyai tanda bacaan yang tersendiri hatta pada sesetengah huruf ditulis agak berbeza dengan penulisan biasa dalam bahasa Arab. Misalnya huruf fa ditulis tanpa titik dan qaf ditulis dengan satu titik di atasnya. Pada hematku, kita yang sudah biasa menggunakan penulisan hafs akan mengambil masa sedikit untuk memahami penulisan warsh pada permulaan hendak menggunakan al-Quran di sini.

Persoalan agama adalah merupakan hal peribadi di sini berdasarkan pengamatanku selama berada di sini. Benar, di Malaysia pun merupakan hal peribadi, akan tetapi jika seseorang itu sengaja meninggalkan solat secara zahir dan terang-terangan, maka ia menjadi suatu kesalahan di Malaysia. Alhamdulillah sifat orang kita juga jenis pemalu, jika ingin meninggalkan solat Jumaat sebagai contoh, seseorang itu akan berada sama ada di dalam rumah atau di mana-mana tempat yang tertutup dan tidak menzahirkan bahawa dia tidak menyertai Jumaat. Sebaliknya yang berlaku di sini, mereka bebas untuk memilih sama ada nak solat atau tidak walaupun masjid sangat berdekatan dengan mereka. Kelihatan tanpa segan silu untuk tidak menunaikan fardhu itu. Apakah mereka sedang bermusafir? Jika ya, maka telahanku ini merupakan satu kesilapan besar dan semoga Allah mengampuniku. 

Ketika minggu awal di sini, kami sedikit konfius kerana terdapat batu dalam masjid. Batu itu kelihatan seperti batu hidup sungai di Malaysia. Adakah mungkin fahaman Syiah di sini? Akan tetapi batu karbala syiah tidaklah besar seperti itu, monologku sendirian. Setelah bertemu sahabat yang belajar di sini, mereka mengatakan bahawa itu adalah batu yang dibuat tayammum oleh sesetengah daripada kaum Muslimin di sini. Aliran mazhab mana yang mereka turuti itu aku pun tidak tahu kerana aku bukanlah orang yang faqih dalam bidang fiqh yang sememangnya sangat luas ini. Mungkin juga ada yang membenarkannya atau mungkin mereka tidak tahu tentang hakikat sebenar. Itulah dua kemungkinan yang bermain di kotak pemikiranku kerana pada umumnya untuk bertayammum ia adalah kerana anggota badan tidak boleh terkena air atau waktu ketiadaan air sahaja atau darurat. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.

Selain itu, di sini juga kelihatan seperti banyak aliran sufi dan tariqat. Ini berdasarkan kepada amalan-amalan ziarah kubur dan maqam auliya’ dan bertawassul dengan mereka yang sudah meninggalkan kita. Pandangan orang awam sepertiku tentang amalan bertawassul dan berdoa di kubur ini adalah seakan-akan menyalahi pemikiran warasku sendiri. Kerana apabila hendak berdoa, kita perlulah berdoa kepada Allah SWT terus tanpa melalui perantara orang lain, apatah lagi melalui perantara bagi orang yang sudah mati dan meninggalkan kita. Pada sesetengah kubur yang dikatakan para wali, ia dihias dan ramai yang datang ziarah dan berdoa kepada Allah di kubur tersebut. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka dan kita semua.

Di sini juga, apabila kita datang ke Masjid dan berkasut, maka disarankan kepada kita untuk memasukkan kasut kita ke dalam plastik dan diletakkan di atas rak yang telah disediakan di dalam masjid atau berdekatan dengan kita ketika solat. Hal ini bagi mengelakkan kasut kita ‘bertemu’ dengan tuan yang baharu tanpa pengetahuan kita. Oleh itu, kebanyakkan masjid di sini, sudah disediakan rak khas untuk diletakkan kasut di samping rak-rak al-Quran.

Solat, wuduk, syiah, sufi, tarikat, salafi, masjid tutup, maqam jadi tempat ibadat, azan 3 kali, masjid tutup, bawa kasut masuk masjid, maliki, batu tayammum. 

Secara umumnya sepanjang pengamatanku selema beberapa ketika di sini, amalan Islam di Malaysia adalah jauh lebih baik berbanding di sini. Sebelum datang ke sini, memang itulah yang terpahat dalam kepala. Hari pertama sahaja sampai di sini, sudah meleset hampir 50 peratus perasaan itu. Benarlah apa yang dicanang oleh orang yang mengatakan bahawa negara kita Malaysia adalah negara Islam contoh di dunia Islam. Pengamatan ini hanya terhad berdasarkan pengalaman peribadi sahaja setelah menziarahi hanya beberapa buah negara sahaja dan ia tidaklah menjadi hujah yang kuat, tetapi keyakinan itu ada.
Keluasan mazhab fiqh lain di sini adalah ketika hendak menunaikan solat fardhu Jumaat. Di sini khatib akan naik ke mimbar dan memberi salam terlebih dahulu. Kemudian disusuli dengan tiga kali laungan azan tanpa henti dengan dua atau tiga orang muazzin yang berbeza. Selepas tamat azan kali ketiga, barulah khatib bangun memberikan khutbah dan peringatan kepada para jemaah kaum Muslimin di sini.
Pernah juga hadir dalam satu majlis agama dan salah seorang ahli panelnya adalah seorang pendakwah terkenal di Maghribi iaitu Dr. Al-Bashir ‘Isam al-Marakeshi tentang mehnah dan tribulasi dakwah di bumi Maghrib ini. Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang dakwah memberi motivasi kepada pendakwah-pendakwah muda untuk terus menjalankan aktiviti dakwah di bumi mereka yang tercinta ini. Kadang-kadang rasa seakan konfius apabila melihat sekeliling, adakah aku berada di negara eropah atau di negara Islam? Adegan-adegan seperti berdakapan dan seumpamanya tidak dilakukan secara tersembunyi di sini, ia halal dilakukan di khalayak. Semoga Allah membantu usaha dakwah mereka untuk membawa generasi muda ke arah jalan kebaikan walaupun banyak yang terpengaruh dengan budaya barat terutamanya budaya orang eropah berbanding di Malaysia.

Politik
Raja berpelembagaan > Perdana Menteri > 
Menteri Hal Ehwal Laut > Lantikan raja dari dulu sampai sekarang

Pegawai Keselamatan
12 jam
2 syif


Ekonomi
Bagi memacu ekonomi negara ini, penulis melihat pelancongan menjadi taruhan utama bagi menjana ekonomi. Antara bandar utama tarikan pelancong ke sini adalah Marrakesh, Fes, Tangier, IFrane dan Sahara atau padang pasir. , eksport, buah, laut Limau, pelancongan

Fiqh yang Luas
Berkelana ke tempat orang akan membuka mata dan pandangan kita terhadap keluasan hukum fiqh dan syariat dalam Islam. Hukum fiqh yang sudah menjadi kelaziman di tempat kita mungkin tidak sesuai untuk diaplikasi di tempat orang lain. Itulah keindahan Islam dan kebijakan para ulama’ silam dan kontemporari yang melihat keluasan ilmu fiqh dalam beramal dengan syariat Islam. Antaranya adalah:
1. Azan tiga kali sebelum memulakan khutbah Jumaat.
2. Berwuduk dengan air dalam baldi kecil dengan menyapu dan membasuh bahagian tertentu sahaja.
3. Menyapu air ke atas khuf atau stokin ketika bermusafir atau dalam kesejukan.
4. Usai solat, semua bergegas keluar bagi menyambung urusan masing-masing.
5. Memelihara anjing adalah menjadi kebiasaan bagi sekumpulan kecil.
6. Menyapu 

Kesimpulan
Benarlah kata-kata, merantaulah untuk yang berkemampuan bagi mengenali adat dan budaya orang lain di samping untuk menambah ilmu. Kita dapat mengambil ibrah daripada pengembaraan dan tahu apa yang sememangnya baik yang telah kita amalkan dan ‘menceduk’ amalan baik daripada tempat orang dibawa balik ke tempat kita. 
*Rencana ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis selama hampir tiga bulan berada di Maghribi. Maklumat yang diberikan berkemungkinan tidak tepat sepenuhnya kerana tempoh masa yang singkat dan berdasarkan pengamatan dan perbualan dengan orang di sana sahaja. 
Post Blog
Gugur seorang pejuang di bumi Maghribi

Seorang pelajar Malaysia di Maghribi, Mohd Hafizuddin bin Hazrul dari Negeri Sembilan telah kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu baru-baru ini di salah sebuah hospital swasta iaitu Hospital Ziyad, Rabat akibat daripada penyakit Leukaemia. Beliau telah dimasukkan ke hospital itu sejak tiga minggu yang lalu selepas demam tidak sembuh dalam tempoh yang agak lama. 

Berdasarkan pengamatanku kepada perbualan, hantaran dan gambar yang dikongsi dalam ruang alam maya, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun, sabar dan sentiasa menolong rakan-rakan yang lain semasa hayatnya. Ramai yang terasa dengan pemergiannya di saat orang lain masih lagi memerlukan beliau. Tetapi Allah lebih menyangi beliau dan tahu apa yang terbaik untuk beliau. 

Ketika pengkhabaran mengenai beliau dimasukkan ke ICU, aku tak sempat untuk mengunjunginya di hospital. Hanya sekadar kiriman doa sahaja yang sempat ku titipkan. Khabarnya, ayah dan ibu juga datang ke mari untuk menziarahi anak mereka di hospital. Setelah hanya beberapa hari berada di Malaysia selepas datang menziarahi anak mereka, khabar duka menyusuli mereka pula. Hebat ujian yang Allah berikan kepada insan hebat seperti mereka.

Pada hari kami dimaklumkan tentang khabar duka itu iaitu sekitar jam 4.30 petang. Pada jam 5.30, kami menaiki keretapi menuju ke Rabat Agdal bersama beberapa rakan di sini, kemudian menaiki teksi terus menuju ke Hospital Ziyad. Kami sampai di sana dan dimaklumkan bahawa pihak hospital sudah tidak membenarkan kami masuk. Tidak mengapa, yang penting kami sampai juga untuk memberi semangat kepada si kakak yang baru sahaja kehilangan adik dia. Kelihatan si kakak yang dinamakan Hajar seorang yang tabah dan sabar. Dia berada di tahun dua dan adiknya di tahun pertama ijazah sarjana muda di sini. Pada malam itu, diadakan sedikit tahlil ringkas untuk arwah di rumah rakan satu batch dengan Hafizuddin di Salle. 

Selepas beberapa urusan dibuat, maka pada hari Selasa, jenazah Hafizuddin disolatkan di Masjid berdekatan dengan tempat penginapan dia dan dikuburkan di Rabat. Ayah hafizuddin sampai pada awal pagi itu dan terus ke hospital kemudian dibawa ke masjid untuk disolat. Solat kali pertama diimamkan sendiri oleh ayah Hafizuddin. Seorang ayah yang hebat dan alim orangnya mashaAllah. Kemudian kami bersama-sama mengiringi jenazah Hafizuddin buat kali terakhir ke tanah perkuburan.

Di sana, kelihatan ramai sahabat handai teman dan taulan memberi penghormatan yang terakhir kepada insan yang hebat ini. Salah seoarang daripada guru beliau juga hadir dan memberikan tazkirah ketika pengkebumian dilakukan dan diakhiri dengan doa untuk Hafizuddin. Selesai di tanah perkuburan, balik ke tempat penginapan mereka, jiran tetangga memberi makan kepada kami dan rakan taulan Hafizuddin semua. Ini bertepatan dengan hadis Nabi SAW yang menganjurkan kepada jiran tetangga untuk membawa makan kepada keluarga si mati. Dan mereka menganggap semua pelajar Malaysia di sini sebagai "ahli keluarga" kepada Hafizuddin. 
اللهم بارك لهم فيما رزقتهم، واغفر لهم وارحمهم

Semoga Allah menempatkan dia dalam kalangan para syuhada' dan solihin inshaAllah.

إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه




Ulasan