Selasa, Jun 01, 2010

Yahudi = Pengganas

YAHUDI = ZIONIS = PENGGANAS

Pengganas Yahudi israel durjana, penipu besar...
Dakwaan pengganas:
"Penumpang2 menyerang tentera kami dengan pisau, kayu dan senjata api, mereka yang memulakan keganasan, bukan tentera kami"
"Beribu-ribu tan seminggu kami menyalurkan bantuan ke Gaza untuk memenuhi keperluan di sana"
"Jika mereka benar hendak menyalurkan bantuan, kenapa tidak melalui kami? biar kami buat pemeriksaan dahulu (ke atas barang2), atau melalui mesir?"

Kapal-kapal dari eropah dan Turki berkumpul di perairan Cyprus sebelum bertolak ke Gaza

Kapal-kapal itu berada di perairan antarabangsa,  tak masuk pun dalam perairan israel (negara haram), kapal mereka cuba dirampas oleh tentera yang datang lengkap bersenjata, dan dibantu oleh helikopter, armada laut dan juga kapal selam. Manakala yang terdapat dalam kapal-kapal itu hanyalah orang awam yang datang dengan niat yang murni utk menyalurkan bantuan ke Gaza setelah lebih 3 tahun penduduk Gaza ditahan dan ditawan dalam mereka sendiri. Apabila mereka bertindak untuk mempertahankan hak mereka (mengawal kapal dr dirampas), mereka pula yang digelar sebagai yang memulakan keganasan, sedangkan yang datang kepada mereka pengganas lanun antarabangsa yang lebih ganas dari lanun-lanun lain yang terdapat di dunia ini, kerana mereka dilengkapi oleh pelbagai senjata yang canggih.


Persolan di sini, apakah bekalan yang dihantar oleh pengganas israel kepada tawanannya?? apakah ia memenuhi keperluan penduduk-penduduk di Gaza? jika yang dibawa masuk beribu2 tan itu hanyalah gula-gula, sabun, syampu, keropok twistis, ia adalah usaha yang sia-sia, kerana keperluan penduduk Gaza menjangkau lebih dari barang2 tersebut. Mereka memerlukan barang keperluan lain, seperti bahan binaan utk membangunkan kembali apa yang dimusnahkan oleh pengganas dunia. Mereka memerlukan ubat-ubatan utk merawat luka-luka mereka yang disebabkan oleh kekejaman pengganas dunia. Mereka memerlukan generator yang berkuasa besar untuk operasi di hospital-hospital mereka sekitar Gaza. Malang sekali, semua barang-barang keperluan ini diharamkan oleh rejim pengganas dari memasuki negara mereka dan dipersetujui oleh negara Islam bersebelahan dgn  mereka iaitu Mesir yang hanya memandang masalah mereka dengan sebelah mata sahaja tanpa mempedulikan sedikitpun apa yang disengsarakan oleh mereka sejak ditawan dan diserang oleh rejim pengganas dunia ini.

Antara barangan yang dibawa dalam konvoi ke Gaza

Jika kapal-kapal bantuan yang diketuai oleh kapal induk Mavi Marmara itu menerima pelawaan rejim pengganas untuk ke pelabuhan Ashdod bagi menjalani pemeriksaan barang2 terlebih dahulu, apakah ianya akan dipersetujui oleh rejim pengganas dengan barang-barang yang dibawa oleh mereka dalam kapal-kapal tersebut? Peratus untuk rejim meluluskan barangan keperluan dibawa masuk ke Gaza amatlah tipis, dan kemungkinan ia adalah "zero". Rejim juga mempelawa, kapal-kapal tersebut diperiksa oleh pasukan keselamatan Mesir. Aktivis-aktivis juga tidak mempercayai pasukan keselamatan Mesir, kerana berkemungkinan besar mereka berkompromi dengan negara rejim. Ia bukanlah perkara mustahil, kerana apa yang berlaku selama ini di semenanjung Gaza, apakah kerajaan Mesir mengambil peduli dan menyalurkan sedikit barang keperluan kepada ahli-ahli Gaza? jawapannya adalah TIDAK, bahkan mereka menutup terowong-terowong kehidupan yang digali oleh ahli-ahli Gaza bagi menyalurkan bahan keperluan harian kepada penduduk Gaza. Mereka (mesir) lebih menjaga negara rejim dari menjaga kemaslahatan saudara-saudara mereka di Gaza yang saban hari menanggung kesengsaraan.

Ketua UNRWA berkata kepada stesen TV satelit al-Jazeera dalam temubual bersamanya kelmarin di semenanjung Gaza (31 Mei 10), bahawa "tiada hari esok buat Gaza".




Gambar propoganda oleh portal berita israel dibuang selepas didapati ianya tidak relevan. Sumber : Laman AliAbuNimah


Seruan Ulama Terkenal

Ulama Muslimin yang terkanal, Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi menyeru semua penyokong keamanan untuk menjadikan hari Jumaat akan datang sebagai hari malahirkan kemarahan sebagai tanda protes terhadap jenayah yang dilakukan oleh rejim pengganas israel ke atas aktivis-aktivis keamanan yang menuju ke Gaza.




Beribu-ribu pencinta keamanan telah keluar ke jalan dan berhimpun di hadapan kedutaan israel bagi melahirkan rasa kecewa mereka di atas jenayah yang dilakukan oleh rejim tersebut ke atas pencinta keamanan yang menuju ke Gaza. Antaranya adalah di Turki, Jordan, Mesir, Lubnan, Britain, Amerika dan beberapa negara barat lain.


PBB dan Amerika

Kita mengharapkan PBB mengeluarkan resolusi yang keras terhadap tindakan rejim pengganas  israel pada persidangan tergempar hari ini, dan Amerika tidak lagi berat sebelah atas tindakan jenayah rejim israel. Salah seorang ahli kongress amerika iaitu Brian Baird mengatakan bahawa Rumah Putih melahirkan kekesalan terhadap serangan yang dilakukan oleh rejim.
Berita al-Jazeera

"Bersatu teguh, bercerai roboh"


Negara Islam wajib bersatu bangun menentang keganasan rejim pengganas haram israel ini, mereka harus mengetepikan sentimen politik semasa mereka pada masakini demi untuk melihat masayarakat Islam bersatu. Negara Islam pada masakini tidak boleh lagi bergantung nasib kepada Amerika, kerana ianya tidak memberi faedah kepada ummat dan masyarakat Islam itu sendiri. Apabila negara Islam bersatu, dan menjadi kuat, ianya akan dihormati oleh negara-negara lain. Apabila negara-negara Islam berpecah, maka terjadilah perkara yang tidak diingini seperti sekarang. Walaupun israel kecil dan ianya dikelilingi negara-negara Islam, mereka dengan berani membuli ummat Islam yang berada di Gaza tanpa sedikit pun gerun terhadap negara-negara yang berada di sekitarnya kerana israel sedar bahawa negara2 tersebut lemah, kerana mereka tidak bersatu.


2 ulasan:

avicenna berkata...

wihdatul ummah adalah perkara yg spttnya mnjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia...namun malangnya umat Islam khususnya para pemuda tlh dilalaikn oleh hiburan2 yg dicipta oleh musuh...
"pemuda masa kini adalah pemimpin masa depan"...

MofiR berkata...

setuju