26 Januari 2019 dapat sertai satu kursus Penulisan Tesis yang dikendalikan oleh Dr Mohd Yusri Ibrahim, seorang pensyarah daripada UMT. Seronok juga dapat berkursus dengan dia, boleh kata ada recharge semulalah semangat untuk menulis tesis. Terima kasih kepada Abang Yusran yang memberitahu kami tentang kursus ini. Yuran kursus seharian di Chalet Anees Kampung Pak Tuyu ini hanya RM80 sahaja termasuk makan tengah hari dan minum petang. Kira sangat ok lah tu. Terima kasih Dr atas perkongsian ilmu dan tips dengan kami para peserta semua. Kalau ada rezeki, rasa teringinlah pula nak sertai travel yang dia buat hujung tahun. Katanya bulan 12 baru ni, mereka pergi ke Turki, menjelajah hampir 3000km di Turki selama sembilan hari dengan kos RM4400 lebih kurang termasuk makan, hotel dan tikel kapal terbang. Rasa membuak-buak pula nak turut serta nanti hehe. Kumpul duit, boleh pi dengan Ain nanti inshaAllah.
Terima kasih Fauzi kerana ambil gambar kenangan untuk kita di Kursus ini. 9 Februari nanti kursus SPSS siri 1 pula di tempat yang sama inshaAllah.
Sebelum balik rumah, beli dahulu catur atau dalam bahasa inggerisnya dinamakan 'Chess' yang telah lama tinggal. Sewaktu zaman sekolah dahulu, pernah mewakili sekolah untuk dalam pertandingan ini selain bermain ping pong. Kemudian mewakili zon Padang Terap ke majlis sukan sekolah-sekolah agama peringkat negeri Kedah yang berlangsung di UUM pada tahun 2000 iaitu pada tingkatan 3 jika tak silap. Dalam pertandingan itu, abi depa dapat pingat tempat ke-empat peringkat negeri Kedah. Hebatkan??? haha Sebenarnya, yang mendapat tempat ke-empat sampailah yang terakhir tu, semuanya pihak penganjur tulis tempat ke-empat hahaha. Maknanya, abi depa bukanlah dapat tempat ke-empat yang betul-betul top 4 hehe. Jadilah, dapat wakil zon pun kira satu kepuasan. Dapatlah masuk tidur di asrama UUM selama 4 hari waktu itu pun dah kira sangat bertuah.
Selepas sampai rumah terus kakak Asma' teruja nak main. Malam tadi sempat ajar dia cara nak susun dahulu buah catur atas papan dia sahaja. Kira ok lah tu. Sebelum ke sekolah pagi ini pun, dia kata "tak sabarnya nak main permainan tu..." Semoga jadi seorang pemain catur yang handal daripada abi depa nanti inshaAllah.
Selepas sampai rumah terus kakak Asma' teruja nak main. Malam tadi sempat ajar dia cara nak susun dahulu buah catur atas papan dia sahaja. Kira ok lah tu. Sebelum ke sekolah pagi ini pun, dia kata "tak sabarnya nak main permainan tu..." Semoga jadi seorang pemain catur yang handal daripada abi depa nanti inshaAllah.
Trip diorang pergi ke Turki bulan Disember 2018
Ulasan