Alhamdulillah, buat kali pertama boleh menjejak kaki di bumi London pada 8 November baru-baru ini. Perancangan saat-saat akhir sahaja, jika dirancang baik dari awal, kosnya akan menjadi jauuuuuh lebih murah. Alhamdulillah ala kulli hal.
Kami bertolak seawal jam 4.20 pagi menaiki keretapi ke Marrackesh. Selepas 4 jam 20 minit, kami tiba di stesen keretapi yang terakhir di sana. Kemudian ambil teksi ke lapangan terbang mengambil masa kira-kira 10-15 minit sahaja dari stesen keretapi. Kapal terbang kami berlepas pada jam 11.20 pagi dengan Ryanair. Selepas 3 jam setengah lebih kurang, kami tiba di lapangan terbang tambang murah London Stensted. Kemudian menaiki bas pula menuju ke Ibu Kota. Sebelum itu, kami membeli dahulu simkad sebagai langkah awal nak meneroka bumi orang putih ini. Simkad EE menjadi pilihan kami dengan kerugian sebanyak £20 untuk 10GB.
![]() |
| Musim luruh di London |
Kami menuju ke Malaysian Hall dan kebetulan ada ceramah maulidur rasul, dapatlah kami menikmati juadah percuma pada malam tu di Malaysian Hall. Oh ya, musim luruh sudah bermula di sini, maghrib jam 4.30 malam ya. Siangnya sangat singkat. Kami bermalam di Bayswater di dorm sahaja. Sebelum bermalam, kami jalan-jalan dahulu diketuai oleh Abdullah, pelajar Malaysia dalam bidang kejuruteraan di Cardiff tajaan Petronas. Dialah yang memberi penerangan kepada kami bagaimana nak guna pengangkutan awam di ibu kota London ini seperti tube, underground, jublie line serta bas dan dengan menggunakan kad Oyster. Kami mendapatkan sekeping peta sebagai panduan kami untuk meneroka ibu kota ini pada keesokkan harinya. Sebelum balik merehatkan diri, kami singgah makan dahulu di kedai Subway halal sekitar Bayswater. Keesokkan pagi, kami mengelilingi sekitar tempat menarik di ibu kota London, antaranya Stamford Bridge, Stadium bagi pasukan bola sepak Chelsea, Jambatan London, Eye of London, Big Ben, Istana Buckingham, dataran Parlimen dan tak ingatlah.
Kami pernah juga tersilap pilih laluan apabila menaiki train di London ni, al-maklumlah kali pertama di sini. Bila ditenung dan renung stesen-stesen yang disinggahi seperti semakin jauh dari destinasi yang kami hendak tuju. Tips nya adalah, jangan malu nak bertanya orang tempatan. Kami bertanya dan dia dengan senang hati bawa kami ke jalan yang lurus untuk menuju ke destinasi yang sepatutnya kami pergi. Ada juga di sesetengah stesen underground ni, platformnya sampai 10 - 11 di bawah tanah. Jika terlaju sedikit jalan, sudah terlepas platform, perlu jalan dan cakna kawasan sekeliling supaya terlepas platform. Lagi sekali tips nya adalah jangan malu bertanya orang tempatan hehe.

Setelah itu, kami bergegas ke stesyen Victoria untuk menuju ke Leeds. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Jam 8 malam, kami tiba di Leeds dan disambut oleh kawan kami di fakulti iaitu Prof. Madya Dr. Radzuwan yang sedang membuat post-doc di Universiti Leeds. Dia bawa kami menelusuri lorong-lorong sekitar bandar Leeds dan kemudian menuju ke kedai makan berhadapan Masjid Leeds (Grand Mosque Leeds). Universiti Leeds ini juga merupakan tempat belajar isteriku dahulu. Oleh sebab itu, aku teringin sangat nak melihat keadaan universiti Leeds ini. Usai makan, kami bertolak balik dan rehat di rumah Radzuwan. Keesokkan pagi, kami disaji oleh nasi lemak dan roti canai oleh isteri Radzuwan iaitu Doktor (lupa nama) dan ditemani oleh dua anak mereka yang cute, iaitu Fateh dan..... Usai makan, kami gerak keluar jalan sekitar universiti Leeds dan bandar Leeds.
Selepas tu, kami menuju ke Manchester. Perjalanan mengambil masa satu jam perjalanan dengan bas. Rencana pada awalnya hendak menuju ke stadium Old Trafford, akan tetapi jarak dan masa yang suntuk, kami memutuskan untuk pergi ke Universiti of Manchester sahaja. Cantik universiti di sini. Setelah puas bergambar, kami begegas ke stesen bas semula untuk menuju ke Oxford, tempat idaman para ilmuan (kot?). Tapi, kami hanya pergi untuk bergambar saja hehe. Tak dapat rezeki menimba ilmu di sana, rezeki bergambar pun kira ok lah. Perjalanan menaiki bas mengambil masa 6 jam dari Manchester. Perlu tukar bas apabila kami sampai di stesen Birmingham bagi menuju ke Oxford. Jam 7 malam, kami sampai di Oxford. Terus kami menuju ke Masjid Oxford bagi menunaikan fardhu. Kemudian kami dibawa oleh Dr. Hashim Jusoh, felo akademik Oxford dari UniSZA ke kedai makan Istanbul berdekatan masjid. Kami menjamu selera sehingga terlupa nak bergambar dengan nasi yang kami makan. Setelah itu, kami bermalam di rumah dia di sana.
Keesokkan pagi, kami menikmati udara di Oxford dan meneruskan misi untuk berjalan kami sekitar universiti ternama ini. Kami jalan dan terus berjalan. Tidak tahu di mana terletaknya pintu utama universiti dan tidak tahu juga mana pintu belakang universiti. Kami hanya berjalan dan menikmati pemandangan di sekitar oxford. Jika diikut panduan dari peta google, agak luas jugalah kawasan oxford ini. Setelah letih berjalan, kami menuju ke stesen bas Oxford untuk balik ke London semula. Perjalanan kali ini mengambil masa satu jam setengah sahaja.
![]() |
| Bergaya saja di pondok telefon |
Sampai sahaja kami di London, kami terus ke Tate Modern bagi menikmati pemandangan sekitar bandar London dari tingkat 10. Setelah puas menikmati pemandangan ibu kota London dan sekitar sungai Thames kami menaiku tube menuju ke salah sebuah masjid di ibu kota ini. Setelah itu, kami ke jalan Oxford bagi menuju ke Primark iaitu sebuah pusat membeli belah rakyat marhaen di London ya. Kemudian kami pergi jalan-jalan di satu tempat (lupa nama) ala-ala masjid india atau bukit bintang macam tu lah bagi membeli apa-apa yang termampu. Setelah selesai semua, kami menuju semula ke Malaysian Hall di Bayswater menikmati nasi putih dan ikan keli. Rehat dan mandi di bilik Malaysian Hall sebelum menaiki bas jam 2 pagi menuju ke lapangan terbang Stensted, London. Jam 7.15 pagi, kami bertolak dari kota London menuju ke Madghribi semula. Alhamdulillah.
Untuk rekod hari pertama berjalan kaki di bumi United Kingdom ini, kami berjalan kaki sejauh lebih daripada 17km. Memang balik, terus pengsan hehe.
Terima kasih kepada Azizul dan Izwa Fatin, pelajar pasca siswazah di Maghribi kerana mempelawa kami bersama untuk merasai udara nyaman di United Kingdom.
![]() |
| Perkarangan Universiti Manchester |
![]() |
| Bersiar-siar dalam kawasan Universiti Leeds |
![]() |
| Seputar di Universiti Oxford |
1. Universiti di sini tidak berpagar dan bebas untuk keluar masuk dan jadi laluan umum.
2. Bangunan-bangunan lama dipelihara dan pulihara. Rumah mereka sama sahaja dan mereka tidak dibenarkan untuk membuat penambahan pada rumah mereka. Oleh itu, setiap rumah kelihatannya sama sahaja reka bentuknya.
3. Sifat manusia ada juga yang buang sampah merata-rata. Tapi, kebanyakkannya bersihlah.
4. Tandas dalam bas yang sangat bersih.
5. Orang di sini sangat gemar untuk berjalan kaki atau berbasikal. Mungkin kerana faktor cuaca juga yang membantu.
6. Jika hendak lintas jalan di sini (dan Maghribi), tidak perlu khuatir sangat, kerana mereka akan mendahulukan pejalan kaki yang hendak melintas.
7. Pengangkutan awam di sini sangat efisyen dan mudah hendak digunakan serta mesra pengguna.
8. Jika hendak menggunakan pengangkutan awam dalam ibu kota London seperti bas dan keretapi (train) dalam kekerapan yang tinggi, dinasihatkan untuk dapatkan kad Oyster. Naiklah bas dan train 2000 kali sekalipun dalam sehari, duit yang akan ditolak £7 sahaja. Deposit dan baki duit dalam kad boleh dituntut semula daripada mesin khas yang telah disediakan di setiap stesen. Memang sangat berbaloi.
9. Paling penting di sini adalah data internet. Jalan semua guna sahaja peta dalam Google, sudah ada cadangan samada nak menggunakan train, bas atau berjalan kaki. Lengkap!!
10. Membeli belah di sini mudah sahaja, bawa ja kad debit, semua boleh beli hehe. Pembayaran elektronik pun diterima seperti pembayaran Apple dan Pembayaran Google (Ada caj pertukaran matawang ikut bank).
11. Orang di sini dan Maghribi berjalan kaki dengan kelajuan yang agak tinggi berbanding orang Malaysia. Dengan orang perempuan sana pun kita kalah bab jalan laju ni hehe
Pengangkutan:
Kapal terbang tambang murah => Ryanair
Bas Ekspress Utama => National Express
Bas Ekspress lain => Mega Bus
Bas antara bandar => Oxford Tube
Train => Tube, Underground, Jublie line dan macam-macam lagi.
Semua tiket boleh dibeli secara atas talian dan hanya perlu tunjukkan bukti dalam telefon sahaja kepada pemandu bas. Yang susah di sini adalah "ongkos" nya sahaja hehe.

Nota:
akan dikemaskini lagi jika ada idea... hehe
Kredit Video: Ustaz Mohd Fauzi Abdul Hamid
Kredit Video: Ustaz Mohd Fauzi Abdul Hamid

Ulasan