Sungai Menerung

Pagi ini kami sekeluarga pergi bersuka ria di Sungai Menerung, Hulu Terengganu. Jaraknya adalah sekitar 22 KM daripada rumah kami atau sekitar 20-25 minit perjalanan. Siap semua bekalan makanan, kami bertolak pada jam 9.40 pagi. Sampai di sana, sudah ada beberapa rombongan keluarga bersantai di sana sambil aktiviti bakar membakar. Kami terus turun sungai dan mandi... Seronok, sesuai untuk anak-anak yang kecil. 

Tahun lepas kami ke Sekayu, tapi sudah tak berapa seronok sebab kurang penyelenggaraan di sana. Harap pihak MDHT mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memulihara Sekayu. Yang tak seronok di sini adalah sampah sarap. Perangai manusia memang sukar untuk diubah. Makanan, pampers dan segala sampahlah dibuang begitu sahaja tanpa rasa bersalah. Semoga generasi akan datang akan ada kesedaran untuk menjaga kebersihan tempat awam. 

Sementara keberadaan kami di sungai, sempatlah buat aktiviti kutip sampah, dapatlah kutip 3 plastik besar dan diletakkan di tempat pembuangan sampah di situ. Tak mampu nak bersihkan semua, sekadarnya pun cukuplah.

Setelah hampir tiga jam, kami bertolak balik iaitu lebih kurang jam 12.40 tengah hari. Dalam kereta, ketiga-tiga hero dan heroin kami telah pun tumbang keletihan, belum lagi sampai rumah. Letih sangatlah tu, perut pun dah kenyang, ok lah dapat tidur. 

Petang, kawan-kawan depa datang rumah untuk bermain, Liyana, Faqihah, Imani, Adam dan Atifah. Seronok depa main-main.

Ok, esok sambung kerja semula... Adios.


Ulasan