Jumpa dengan Prof. ‏Dato' ‏NC

Malam ini kami dapat berjumpa dan beramah mesra dengan Prof Dato' Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan selepas hampir genap dua tahun beliau dilantik menjadi Naib Canselor UniSZA. Pertemuan pada malam ini atas jemputan Dato' sendiri melalui Fauzi pada minggu lepas. Sebenarnya, kami sudah lama kenal Dato' bermula sejak beliau menjadi Profesor pelawat di Fakulti kami pada tahun 2014. Sejak dilantik menjadi Naib Canselor, tidaklah kami berani untuk bertemu lagi kerana Dato' sekarang merupakan boss besar kami dan kami tiada apa-apa keperluan dan kepentingan untuk bertemu dengan Dato'.

Akan tetapi, minggu lepas selepas kami bertemu Dato' di Masjid UniSZA usai solat zohor, pada malam hari yang sama terus Dato' hantar mesej jemputan untuk keluar makan malam dengannya di Marina Bytes. Terima kasih Dato' atas keramahan pada malam ini tanpa ada sebarang protokol, tunjuk ajar dan persahabatan kita semua. Semoga Allah mempermudahkan urusan Dato' untuk mengemudi bahtera UniSZA ini. 

بارك الله فيكم.

Kenangan pada Februari 2012 yang lalu

Prof pelawat September 2014


Bengkel di Hotel TH, Terengganu pada 2015

Mei 2014

Syarahan Profesor Pelawat



Ulasan