Sesi perkongsian Google Site

Malam ini kami mengadakan sedikit sesi perkongsian bagi membangunkan Google Sites bersama rakan alam maya. Dua rakan yang baru kenal dalam alam maya menerusi WhatsApp sahaja, Mereka mendapatkan nomborku daripada Dr. Nidzam Yaakob, pensyarah IPG Darul Aman. Dua rakan alam maya iaitu Puan Hidayah, seorang pensyarah di German Malaysian Institute (GMI) Bangi sedang menyambung pelajaran peringkat PhD di UKM. Manakala seorang lagi Puan Khasturi Ramalingam, seorang guru bahasa Tamil di Masai, Johor dan sedang meyiapkan kajian peringkat PhD di UTM, Skudai.

Harap sedikit perkongsian daripadaku malam ni dapat mereka berdua manfaatkan untuk bangsa Malaysia dan seluruh ummah nanti insya-Allah. Semoga mereka berdua terus berjaya dalam bidang masing-masing dan dipermudahkan urusan pengajian mereka nanti.







Ulasan