Hari ini berkesempatan untuk berkunjung ke rumah Prof Dr Kamarul Shukri Mat Teh. Prof minta tolong tengokkan PC dia tu. Dia dah minta tolong rasanya lebih daripada sebulan kot, disebabkan kekangan masa, aku tak sempat nak pergi ke rumah dia. Pada mulanya Prof minta aku tengokkan komputer dia, ada masalah dengan Telegram, Dropbox, Office dan SPSS. Selepas aku tengok dan godek2 sikit, selesai masalah tu semua, alhamdulillah.
Sebelum balik, cungkillah sikit tips daripada orang yang banyak pengalaman menilai tesis. Prof kata apa yang selalu dia lakukan apabila hendak menilai tesis pelajar adalah:
1. Abstrak
Membaca Abstrak kajian
2. Objektif
Terus membaca objektif kajian
3. Metodologi
Masuk ke bab 3 untuk metodologi, pastikan metodologi yang digunakan selaras dengan objektif yang hendak dicapai nanti.
Sekiranya objektif tidak selari dengan metodologi, maka ia akan menampakkan kajian itu 'bermasalah'.
4. Masalah kajian
Baru mula membaca permasalahan kajian. Permasalahan kajian biasanya tentang isu, jurang....(lupa dah prof sebut apa).
Kemudian barulah masuk perkara-perkara lain dalam kajian.
Soroton literatur
Untuk sorotan literatur, biasanya ditekankan tentang perkara-perkara ini, dan ia berfokus kepada tajuk.
- Definisi/konsep
- Teori
- Pemboleh ubah
- Konstrak/tema
- Kajian2 lepas
- Jurang (GAP)
Latar belakang
-kepentingan bidang
-status semasa isu yang dikaji
-Pastikan latar belakang menceritakan secara umum dahulu, dan ia adalah sedikit berbeza daripada Masalah Kajian.
Kemudian baru masuk bab 4 (data) dan bab 5 (Perbincangan).
Prof juga menzahirkan rasa kebimbangannya terhadap segelintir pelajar yang menipu data-data mereka terutama dalam kalangan pelajar antarabangsa. Ada juga pengalaman Prof sendiri yang menyelia pelajar yang cuba menipu data dan memanipulasi data yang mereka ada. Prof memberi amaran yang tegas kepada mereka untuk tidak menipu data/responden dalam kajian mereka.
Sepanjang pengalaman prof sebagai pemeriksa dalam dan luar, paling teruk pun dia hanya bagi pembetulan major sahaja. Akan tetapi ada yang memberi re-viva, resubmit dan sebagainya. Keputusan akhir akan dibuat oleh pengerusi viva itu nanti. Dalam kes prof, ada pelajar yang perlu resubmit selepas tiga orang pemeriksa memberi keputusan yang berbeza selepas pembentangan viva pelajar.
Apakah pula kayu ukur untuk memberi keputusan selepas membaca tesis? apakah justifikasi untuk memberi lulus secara total, pembetulan minor, major, re-viva dan gagal?
Kesimpulannya, banyak lagi yang perlu belajar dan perlu masuk bengkel lagi nanti. Semoga aku menilai nanti tidak akan menzalimi pelajar dan cuba menilai seadil yang mungkin insya-Allah.
Belajar dan terus belajar!


Ulasan